Tuesday 29 May 2012

Tengok orang kawen..terasa juga...hehehe

Hehehehe....

Sekarang musim cuti sekolah...
Buka jew fb...fuhhhh...Comey nyer pakaian pengantin...ade pink...silver... 
Ramai da kawan-kawan kt sekolah dulu da kawen...jelesnyer.....
Dalam ati ni....em,,, xsabar-sabar da....BUTT,,, i masih student...hehe
saya kena jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak..untuk 2 orang yang paling saya sayangi...IBUBAPA saya...

Biar abang saya dulu yang menjejak alam rumah tangga,,,
Alam rumah tangga ni terlalu banyak dugaan dan cabaran, yang pandai tempuh pandai la.. yang x... pasti hancur..opsss....tak boleh lebih-lebih...sy student...
  
~~~~~~~~~~~~~~~ADEJODOHADELAIMANKU~~~~~~~~~~~~~



Friday 27 April 2012

Pentingnya SeOrang Wanita ,,


~lembut WANITA kerana senyumnya,cekal wanita kerana beraninya,patuh wanita kerana kesetiannya,sabar wanita kerana imannya,kasih wanita kerana belaiannya,lemah wanita kerana air matanya,ikhlas wanita kerana simpatinya,pendam wanita kerana cemburunya,syg wanita kerana sikap keibuannya,tanpa wanita lelaki menjadi lemah,krn wanita jugalah lelaki menjadi kalah~

SweeT Girlzz...

saje2 jew nk upload pic ni....pic dgn akak2 yg sporting...hehehehe

Senyum Selalu...

Senamrobik Juga dapat menghilangkan stress....

Saturday 31 March 2012

Hidup penuh masalah adalah fasa hidup yang paling tidak best untuk dilalui~

Setiap manusia di atas muka bumi ini akan ada masalah yang menimpa dirinya samaada kecil atau besar masalah tersebut. Manusia sebagai hamba Allah menghadapi masalah dalam berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian.Ada masalah yang diselesaikan dengan cara fikiran logik,ada yang memerlukan penyelesaian agama, ada yang memerlukan penyelesaian secara perasaan dan ada yang memerlukan penyelesaian secara kreatif. Cara-cara untuk menyelesaikan masalah ialah motivasi yang kuat iaitu jika kita mempunyai motivasi yang kuat, kita akan lebih bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran. Kita akan dapat mengatasi kesukaran dan cuba untuk mengatasi segala halangan dan menunjukkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang diaggap sukar oleh irg lain.Seterusnya trait yang positif iaitu trait psikologi yang objektif dan komitmen adalah penting. Penyelesaian masalah mestilah cerdik dan pintar. Mereka tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran yang mencukupi untuk memahami dan menangani isu-isu. Masalah yang rumit memerlukan pengetahuan saintifik dan ketajaman intelektual yang tinggi. 

Jati diri juga merupakan cara untuk penyelesaian iaitu melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan tetapi sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan dihadapi. Mereka yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Mereka akan berfikiran positif dan yakin bahawa mereka mampu meyelesaikannya.Membina kemahiran ialah penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus-kursus pengurusan masalah yang pendek atau menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah. Terdapat enam langkah (chang dan Kelly,1993) iaitu kenal pasti masalah, analisa punca masalah, kenal pasti cara penyelesaian, pilih penyelesaian terbaik, bentuk plan tindakan, pelaksanaan dan penilaian.

Jenis-jenis masalah yang kita tidak pernah tahu iatu misteri, tugasan, kesukaran, peluang, tidak pasti dan dilema. Masalah-masalah ini perlu diatasi dengan kaedah penyelesaian secara saintifik dan logik iaitu mendefinisikan masalah. Kita harus mendefinisikan maslah dengan betul adalah penting, kerana kalau tidak penyelesaian yang diusahakan mungkin tidak membawa kesan seperti yang diigini. Kedua mengkelaskan masalah dengan cara melihat tinggi atau rendahnya risiko yang ada pada tiap-tiap masalah. Untuk memudahkan proses ini bahagikan proses mengikut kategori seperti misteri,kesukaran, peluang dan dilema. Langkah ketiga ialah tentukan objektif iaitu dalam penyelesaian masalah adalah penting kerana ia menentukan apa yang diigini daripada aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan.Objektif yang hendak dicapai biarlah jelas , mudah difahami dan praktikal. Ini adalah penting kerana objektif tersebut perlu disampaikan bagi setiap individu misalnya staf atau pekerja yang terlibat dalam proses penyelesaian masalah dan mereka seharusnya memahami apakah objektif yang hendak dicapai.Langkah seterusnya ialah tentukan ukuran kejayaan iaitu menentukan standard atau piawai yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah.Sekiranya tiada ukuran kejayaan bagaimanakah kita hendak menilai kejayaan di dalam penyelesaian masalah kita.Langkah kelima ialah kutipan data iaitu secara logikal memerlukan proses pengumpulan data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan Proses penyelesaian masalah ini digunakan di dalam berbagai bidang termasuklah kedoktoran, kejuteraan, ekonomi, sains sosial dan lain-lain. Langakah keenam ialah membuat keputusan iaitu untuk memilih opsyen yang paling tepat untuk dilaksanakan . Untuk membuat keputusan yang efektif , cara bagaimana pendekatan pengurus membuat keputusan itu adalah penting kerana pendekatan yang baik akan mendapat consensus dariapa semua yang memilih opsyen untuk dilaksanakan. Langkah seterusnya ilah melaksanakan keputusan yang diambil iaitu semua proses tindakan telah pun dihuraikan di dalam opsyen yang perlu dilaksanakan. Ada beberapa perkara yang harus diambil kira semasa melaksanakan keputusan seperti keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketetapan, penyesuaian, objektiviti, dan kebolehanbekerja dalam kumpulan. Setelah itu, kita harus membuat penilaian untuk memberi gambaran tenteng keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil.

Penyelesaian secara saintifik yang melibatkan proses empirikal induktif seperti mangadakan hipotesis, mengumpul maklumat, membuat kesimpulan. Penyelesaian secara kreatif ialah memeprmudahkan masala itu, kita perlu melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan mata dan kita perlu mencari cara-cara baru  untuk mentafsir dan mentafsir semual situasi atau masalah yang kita hadapi. Penyelesaian melalui perasaan iaitu kaedah menyelesaiakan masalah melalui emosi atau perasaan pula. Kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama iaitu kebolehan mengetahui emosi sendiri, kebolehan dalam pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan mengenal emosi orang lain, dan kebolehan menjalin persaudaraan. Penyelesaian secara islam iaitu dengan menggunakan pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Pendekatan hukum ialah pendekatan yang bersifat rasional dan intelektual manakala pendekatan sufi ialah bersifat moral dan spiritual.


Setiap masalah akan berakhir dengan jalan penyelesaian. Kita harus bijak berfikir jalan mana yang harus kita pilih untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu.